Menguruskan homestay memang banyak cabarannya, salah satunya bila masuk waktu pembersihan selepas penyewa keluar. Kali ni dapur gas di homestay kami agak mencabar sebab penyewa menyewa selama sebulan. Kesan minyak, kotoran dan kerak memang jelas kelihatan. Jadi saya cuba guna sabun serbaguna jenama Savonn untuk cuci dapur gas ni.
Terus terang, dapur gas ni memang susah nak bersih kalau guna sabun biasa. Kotoran dah melekat lama, tambah pula kesan minyak yang degil. Saya bancuh dalam mangkuk setengah scoop sabun serbaguna Savonn dan tuang pada bahagian dapur gas yang kotor dan biarkan sekejap supaya kotoran lembut.
Lepas tu, saya gosok perlahan guna span. Tak perlu tenaga berlebihan pun, kotoran mula tanggal satu per satu. Bahagian yang tadi nampak kusam dan hitam, perlahan-lahan jadi bersih dan berkilat semula. Memang puas hati tengok perubahan daripada dapur gas yang kotor kepada bersih bersinar.
Untuk homestay, kebersihan dapur ni penting sebab ia antara kawasan yang paling cepat dinilai oleh tetamu. Bila dapur bersih, kita pun rasa lebih yakin nak terima penyewa seterusnya.
.jpg)
.jpg)
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.