AYAM GORENG BAWANG PUTIH VERSIKU

 Assalamualaikum



Teringin nak makan ayam goreng yang wangi. Makan dengan nasi panas Je pun dah syok. Ops ni kalau orang yang suka makan kering tak berkuah macam LM la. Tapi untuk family LM ada juga masak sayur masak air dan juga sambal petai pelengkap menu.


Ayam ni LM perap dengan bahan kisar. Bahan ya adalah. 


1 sudu besar ketumbar kisar halus

1 inci halia di tumbuk halus

Garam 

Sikit kunyit jika suka, LM tak letak. 

3 biji bawang putih kisar


Gaul bahan kisar dan tambah 3 2 sudu besar tepung jagung. perap ayam 15 minit. 


Ambil 1 labu bawang putih. Cuci bersih tanpa buang kulit. Ketuk penyek kan. Gaul dengan bahan perapan ayam Apabila ayam di goreng separuh masak, angkat ayam dan toskan. 


Goreng kali kedua ayam dengan api sederhana kuat dan masukkan bawang putih tadi. Biar kan garing tapi jangan sampai hangit. 


Angkat dan hidang kan. 


Sedap rasa bawang putih tu. LM tak suka bawang putih tapi bila dah jadi macam ni rasa macam kekacang.sedap sangat. 




Post a Comment

1 Comments

Mama Zharfan said…
Sedapnyaa🤤🤤🤤