6 ANAK BERKUMPUL BERKUMPUL MINGGU NI

 Assalamualaikum


Alhamdulillah syukur, Allah bagi peluang kami sekeluarga berkumpul semua minggu ini. 


Marsya dapat balik minggu ni. Jika 2 tahun sebelum ni setiap minggu boleh balik semasa bulan puasa, tapi tahun ni boleh balik setiap 2 minggu. Bila imbas kembali maksudnya Marsya tak pernah berbuka puasa dengan kami. Dia kembali ke asrama hari Ahad, kita mula berpuasa pada hari Selasa. 

2 bas menuju ke PPD Hulu Langat buat anak anak Selangor dan KL. 

Alhamdulillah Dik Ad pun pulang lagi minggu ni dari Politeknik, Nun jauh di Perak . Minggu lepas balik juga dapat berkumpul dengan adik beradik LM berbuka puasa sama - sama. 

Dia hantar gambar selepas solat Jumaat semasa nak gerak balik. 

Alhamdulillah pukul 6 lebih keduanya dah sampai rumah. Syukur. 

Syukur juga kakak Maisarah dah mahir sikit memandu. Dia la yang hantar Syafiq ke sekolah Menengah tadi sebab bas datang terlalu awal, kalau naik bas memang tak boleh solat Jumaat la nanti. 

Dik Ad dan Marsya turun dari MRT pun kakak yang jemput mereka. Ummi dapat rest kat rumah buat persiapan berbuka puasa. Syukur juga Marsya balik sendiri dari PPD naik train ke sini. Biasanya kami jemput dia di PPD kajang. Time bulan puasa ni jem lain macam bila petang. 

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat rezeki dariNya. 




Post a Comment

6 Comments

Warisan Petani said…
Alhamdulillah dapat berbuka puasa bersama2 sekeluarga
Time Traveller said…
Alhamdulillah kerja banyak mudah bila naka2 dah besar dan blh membantu kerja rutin mak ayah. Dpat berbuka semua sekali mmg rezeki dan nikmat alhamdulillah
Alhamdulillah dapat berkumpul ramai-ramai
Mama Zharfan said…
Ooo ur kids 6 org ke semuanya? Wahhh meriahnyaaaa
Bola Katok said…
Meriah lah ruman nati puasa ni.
LadyBird said…
Alhamdulillah seronok dpt berbuka ramai2.. makan ramai2.. meriah rumah...