Assalamualaikum. Sebenarnya bila dengar orang Bali selalu sebut Pasar Bule, teringin sangat nak ke sini. Nak tau ada apa dalam ni. Mereka gelar pasar ni, pasar 'Bule' kerana pasar ni dipenuhi oleh Mat Saleh.
Bila berada di sini, kita jadi tenggelam dengan Mat Saleh, jadi port mereka bersantai di sini sambil membeli belah.
Laluan masuk ke market ni
haa..nampak tak? rambut tak sama warna, hehe
Ada di jual pelbagai perhiasan, pakaian, jus, makanan.
pelbagai perhiasan
ramai giler, sesak . asik senggol senggolan je bila berjalan. haha
Buat buat cool. Padahal rasa macam nak terjun laut Je mandi. Ehh laut pun panas haha.
Ada pelbagai jenis buah, segar semuanya. saya tak sempat snap gambar. Ada goreng- gorengan panas juga di sini. Minum dengan jus sedap kot? saya tak beli apa apa sebab tak nampak logo halal pun semua gerai tu.
Bagi yang teringin nak merasa bersesak dengan Mat Saleh boleh la ke sini. Mat Arip Lil Sukun pun ada, Mat Pit Je takda kot. Hehehe
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.