AYAH SAKIT-DENGGI MELEBIHI 2 MINGGU

 Assalamualaikum.






Lama LM menyepi. Kelam kabut sebenarnya sebab ayah sakit dan dibawa ke sini  Ahad Minggu lepas untuk permudahkan urusan kami nak urus ayah. 


Ayah susah nak bernafas termengah mengah bila berjalan. Duduk atau baring pun termengah mengah. Bila bawa ke hospital doktor kata semua okey. Ecg dah buat, darah  oksigen pun semua okey. Tiada ubat, takda rawatan. Masih sakit dengan muntah air dan makanan langsung tak boleh masuk dalam badan. cirit birit sampai tahap duduk pun tak larat. 


Rabu ayah ke rumah kami, sebelum ni dia rumah adik beradik lain. Bila tengok makin teruk Khamis bawa berurut. Tapi makin teruk. Maka Jumaat LM terus bawa ke hospital lain untuk drip sebab dah semakin parah keadaan ayah. 


Suhu 38.8 degree, demam sampai bibir pun gigil ketar, terus di tolak ke zon mefah( zon Kritikal). result darah tak cantik doctor suspek ayah denggi. 


Sampai jam 1 pagi baru LM dan si kakak balik dari hospital. Terima kasih anaknda ku dik ad sudi bantu ummi jaga atok di wad. Perlu ada penjaga sebab  risiko jatuh. Walau pakai tiub kencing tapi kalau nak buang air besar siapa pula nak urus. Doktor memang suruh jaga. 

Sabtu pula pakji memang ditugaskan menyambut dan jadi jurucakap rombongan pihak lelaki yang datang meminang anak saudara nya. Dah janji, maka kami pun memang pergi la juga majlis tu. Lagi pula sabtu hari cuti ada adik beradik yang cuti boleh jaga ayah. 


Dalam perjalanan ke kenduri, dapat call dari pejabat kesihatan. Mereka maklum kan ayah denggi yang melebihi 2 minggu. Lama la juga menjawab soalan mereka huhu. 


Kesal? 

Ye.. Ayah punya la susah nak bernafas, tak tau dia denggi. Kalau la hospital pertama tu check betul betul tak adalah denggi ayah terlalu lama baru dapat di rawat. Kalau ayah ada minum dan makan lain la, ni dah 2 minggu tak makan. Badan dah kering tak cukup air. 


Pelajaran buat LM suami isteri juga kes ni. Jika hospital A tak okey, usaha la bas hospital B, C atau D sampai tahu kita sakit apa. Bukan hanya berserah saja dengan alasan hospital kata tak sakit apa apa. 



Post a Comment

4 Comments

Puan Hazel said…
Biasanya kalau demam lebih 3 hari klinik akan buat blood test.
Boleh ikhtiar bagi ayah minum jus pink guava marigold etc ataupun air daun betik jenama Powerleaf. Suami PH hari tu denggi juga, alhamdulillah ikhtiar minum jus pink guava tu cepat platelet count naik.
Mama Zharfan said…
shafahullah
LadyBird said…
itula yg ldy selalu sakit hati klu ke hosp... ldy pernah ugut dr suh check betul2.. huhu.. sehingga dr mintak ldy pergi ke hosp specialist dan mereka buat temujanji.. huhuhu.. sb bmbg last minit br th jenis penyakitnya..
fanny_dcatqueen said…
Ya Allah, semoga disembuhkan sakit ayah ya kak. Kesal memang, tapi utk saat ini memang fokus saja ke ayah. Next nya harus utk cari second opinion dari RS atau dokter lain.