Assalamualaikum.
Laksa Johor
Favourite LM sejak kecil tapi paling jarang buat sebab remeh nak buat berbanding laksa utara.
Cara ni praktikal kalau nk makan laksa Johor, spaghetti tu buat gulungan bentuk 8. Lepas tu, toskan dalam tapis. Apabila dah kering dia akan elok cantik membeku dlm gulungan dia. Tak kacau yg lain dan mudah nak makan. Time nak makan, ambil laa segulung atau dua dan curahkan kuah. Jangan lupa ulamannya sekali.
Kuah nya perlu buat agak pekat, orang Johor biasanya laksa Johor guna tangan
Resepi Laksa Johor simple.
Bahan blender:
2 biji bawang besar
4 biji bwg merah
3 batang serai
10 tangkai cili kering
-------
Setengah ekor ikan parang atau tenggiri rebus dengan halia dan bawang putih
- boleh juga ganti ikan kembung/selar/selayang. Tapi original biasanya guna ikan tenggiri atau ikan parang. Terserah pada selera masing- masing
Pastu buang tulang dan blender isinya guna air rebusan.
Tulang blend asing dan tapis ambil airnya buat kuah.
--------------
Kerisik dari 1/3 biji kelapa
Santan dari 1- setengah biji kelapa.
.........................
Udang kering 5 sudu besar-kisar
Isi udang(kisar) setengah cawan-jika takda pun takpa. Jika ada lagi sedap.
Isi ikan masin kurau anggaran 2 batang jari.(kisar)
....................
Rempah kari ikan 4 sudu besar
................
Cara masak:
1. Tumis bahan blender tadi hingga naik minyak
2. Masukkn rempah kari (bancuh dulu)
3. Masukkn isi ikan dan udang basah dan kering (tumbuk)
4. Masukkan kerisik & santan
5. Masukkn garam dan asam keping sekeping
6. Rasa masin lemak nya okey ke tidak. Jika tak ngam adjust sampai menjadi.
Bahan hiasan:
Timun, daun kesom+daun selasih, bunga kantan, lobak asin , togeh, bawang besar, sambal belacan, limau kasturi
Sambal belacan tu blend guna blender kering je. Cili merah 4 biji + Cili api merah 5 biji, belacan bakar+air limau nipis 2 sudu besar. Jika terlalu kering tambah sikit lagi air. Jika kurang masa tambah air limau.
Laksa johor versi LM, simple dan mudah untuk dibuat. LM ni jarang buat laksa Johor walau anak jati Johor sebab kerap buat laksa utara. Senang tak guna santan dan ringkas bahannya. Tapi, kadang teringin nak makan, kena la buat tapi versi mudah saja la.
5 Comments
Lama tak makan laksa Johor...
ReplyDeleteSimpan dulu resepinya kot² ada kerajinan :)
saya ada dapat pes laksa johor Adami,tak pernah cuba lagi pes tu nak buat tapi teragak2 rasa macam renyah
ReplyDeletesedapnye laksa...
ReplyDeleteselain laksa kelate, laksa johor is my fav sgt2!! selalu beli kat psr mlm dan pernah 2x mkn chef wan cafe jugakkkkk
ReplyDeleteSaya pernah coba laksa melaka, laksa Penang, laksa Serawak. Tapi laksa Johor belum. Baru tahu kalo pakai ikan juga macam laksa Penang ya kak.semoga bisa coba kalo nanti ke Johor
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com