Assalamualaikum
Harini kami turun ke Negeri Sembilan meraikan majlis perkahwinan anak saudara. Ops anak saudara Pakji, bukan anak saudara LM, sebab LM ni anak sulung dalam keluarga.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Kami gerak dari rumah kira-kira jam 10. 15 pagi. Alhamdulillah sebelum jam 12 tengah hari kami dah sampai.
Semasa sampai tu Aish baru ter sedar sebab terlelap dalam kereta. Moody la sikit dia. Terus suap dia makan dan bawa ke tandas, alhamdulillah lepas tu mood dia terus okey dan dia main dengan sepupu sampai tak ingat ummi hehe.
Sebelum balik kami bergambar kenangan dulu. Alhamdulillah dalam jam 6 petang camtu kami tiba di rumah. Agak lewat sebab singgah beli makanan dan pasir kucing dulu dan beli seluar sukan anak - anak juga.
Letih sebenarnya bila pergi majlis gini. Jarak yang melebihi 1 jam dan juga bila jumpa ramai orang buat LM rasa macam habis tenaga. Huhu. Alhamdulillah letih pun takpa, janji seronok dapat jumpa saudara mara ipar duai dan meraikan pengantin.
Gambar dengan pengantin tak ada. Guna Cameron photographer Je tadi tak pakai handphone kami.
Semoga pengantin bahagia berdua hingga ke hujung hayat, aamiin.
4 Comments
semoga bahagia hingga ke syurga.. ameeennnnn
ReplyDeletenice pic!! MZ pun attend wedding tghari tadi
ReplyDeleteAamiin, semoga kedua pengantin selalu rukun hingga tua, dan semakin berkelimpahan rezekinya setelah menikah ini 😊
ReplyDeletebarakallahulakuma untuk mempelai...
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com