Assalamualaikum.Selamat petang semua. Bagi penggemar ulam jantung pisang rebus pasti akan usaha merebus jantung pisang ni cantik putih seperti kita makan di kedai kan? saya pernah cuba Letak Asam keping, bila belah dan  rebus hitam juga. Buntu bila memikirkan apakah tips nak bagi jantung pisang ni tidak hitam. 


rupa-rupanya

1: didihkan air dulu.

2: Masukkan sikit garam dan  2 keping Asam keping. 

3:Jangan belah jantung pisang, cuci dan terus masuk ke dalam air mendidih. Dah siap masak baru toskan dan belah. 


Yes! Cara ni menjadi.




Kalian ada tips lain? Share la kat sini, mana tau kot lebih mudah berbanding cara saya ni