Assalamualaikum.
Haritu kami lari sekejap dari kesibukan urusan dunia yang tak pernah selesai ke Penang.
Kebetulan Dik Ad dah mula cuti semester, si kecil 4 orang tu pula cuti sekolah. Bawa la mereka hirup udara luar sekejap. Kakak sulung la terpaksa berkorban, nak final exam tapi kena gak ikut kami. Nak tinggal dia tak sedap hati pula, maka kami 'heret' juga dia. Dia duduk terperap kat bilik saja, jika makan berdekatan hotel saja dia ikut, kadang tu tak ikut pun, tapau saja untuk dia. Swimming pool rupa macam mana pun dia tak tau, tak apa la kakak. Janji ada depan mata ummi jadi la. Tak la susah hati.
Berbalik kepada cerita tadi, kami ke Penang 2 malam saja, cuma layan anak kecil tu main kolam dan jalan jalan tu saja. Nak naik ke Bukit Bendera pun tak lalu nak beratur dan bersesak di atas tu. Jadi malas.
Semasa sampai ke restoran Line Clear ni hati dah rasa malas sebab panjang juga orang berbaris. Mujur ada staff dia tanya kami, nak hidang tak? Alhamdulillah lega. Terus di bawa ke belakang tanpa perlu beratur.
Si Acha takmo makan, nak sikit saja, ummi takmo banyak, Syafiq kata kenyang.. Maka, kami ber 7 ambil 4 5 pinggan nasi saja masa tu. Tu pun ada lebih kami bungkus untuk kakak kat hotel. Lauk banyak lebih, sayur pun berlebih.
Dah sampai Penang tak pekena nasi kandar tak lengkap la kan? Hehe. Last ke sini tahun 2016 kot? Entah, rasa macam bertahun tak ke Penang.
Tepek sini sikit kenangan datang Restoran Line Clear ni. Cuti sekolah tahun 2024 ni tak ada yang panjang sangat. Nak jalan jauh sikit pun susah. Bulan 9 ada cuti sekolah tak?
6 Comments
Betul tu LM, dah sampai Penang, tak makan nasik kandar, macam kurang sesuatu kan.
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
ReplyDeleteNasi kandar kat Penang paling sedap. Rindu nak jalan2 ke Penang lagi.
ReplyDeletebln 9 nanti ada seminggu cuti sek..yayy tak sabar hahhah
ReplyDeleteAna pun mcm dah lama tak pergi jalan2 Penang (last pegi 2020 rsnya kot).. bulan 9 nti ada cuti sempena hari malaysia (7-8 hari kot) hehe
ReplyDeletePernah dua kali, Alhamdulillah masa tu tak beratur panjang. Sedap. Lebih 10 tahun kot.
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com