SAMBAL TELUR BULAT

 Assalamualaikum.



Alhamdulillah rezeki harini sambal telur. Sebenarnya selain dari stok barang basah dah mula habis kat rumah ni sebab Sabtu lepas tak ke pasar, LM teringin nak makan sambal telur macam ni. 
Nostalgia sangat. Dulu, zaman kecil kerap makan sambal telur ni jika ada kenduri kahwin jiran tetangga dan ahli keluarga. Ada lebihan telur rebus kenduri, pasti akan dapat telur ni banyak. Mak akan buat sambal untuk juadah kami sekeluarga. 

Zaman ni, mana la ada dapat telur rebus lagi. Maka, tiba tiba teringin la pula nak makan sambal telur macam ni. Letak sebiji dulu, tak cukup nanti kita tambah lagi. LM memang buat sambalnya banyak, kalau 'laris' nanti rebus saja beberapa biji lagi untuk dinner pula. Tadi buat 10 biji Je dulu. Biar tak cukup boleh Je tambah, jangan tak habis. Membazir pula nanti. 


Post a Comment

2 Comments

  1. Lama tak buat sambal telur gini ...kami panggil sambal telur rebus :)

    ReplyDelete
  2. Saya pun suka, tapi belum bisa buat sambal yg sedap. Dah ikut resep mama pun, betah kenapa terasa beda. Tapi kalo mama saya suka di goreng sebentar telur rebusnya, biar ada kulit garingšŸ˜„. Selera saja.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com