Assalamualaikum.
Cuti 3 hari minggu lepas kami ke Betong, Thailand.
Nak jalan jauh sangat pun tak boleh sebab Marsya balik ke asrama hari Isnin. Maksudnya hari Ahad dah perlu balik ke rumah. Dia pula petang Jumaat baru sampai. Maka, kami plan jalan ke Betong saja mencari durian. Last year kami ke Betong seronok memborong Musang King dengan harga 40- 50 bath sekilo. Time dah berlaku lambakan durian masa tu.
Masalahnya, kami datang kali ni terlalu awal. Terlupa rupanya tahun lepas kami datang 31 Ogos. Maka, pasrah saja la kami. Durian baru mula luruh. Beli untuk makan saja sekitar rm15 sekilo. Untuk borong bawa balik kami plan ke Batu Kurau saja semasa dalam perjalanan pulang nanti
Lepas sementara pakji urus dokumen untuk kemasukan kenderaan ke sana.
Beli aiskrim kelapa. Sedap dan murah rm3 saja. Tapi, anak anak yang belikan. Kalau LM beli sendiri sure tak mau kacang, gula urai tu dan coklat. Ada buah kabung juga di tabur sama. Sedap.
Playground dia
Alhamdulillah kami sampai hotel anggaran 3 petang time Thailand.
Laluan masuk menuju ke bilik. Bersih dan cantik. Wangi je bau dia
Bilik bersih dan cantik
Selesa
Cermin dia okey. Lampu bilik terang. Pencahayaan bagus.
Selain air Mineral, kopi dan segala berus gigi sabun tu ada dapat 2 bungkus keropok juga. Nyumss.
Benda free, laju Je la belek cari tanda halal. Alhamdulillah rezeki.
Kami rest sekejap meluruskan pinggang sebelum keluar cari makan. Anak- anak ni, laju saja mencari 7 Eleven selepas usai solat.
Anggaran jam 5 lebih kami keluar pusing-pusing mencari dinner. Nanti LM share di entry lain ye.
5 Comments
Walau tak lama liburan ke Thailand,waktu bersama kluarga itu memang terbaiklah.
ReplyDeletewah bestnya jln2 kat negara org heheh
ReplyDeleteseronoknya. carik derian sampai ke Thailand ye. best sgt.
ReplyDeletePanas² dapat makan aiskrim kelapa tu sedap haa .. RM3 murah pulak tu .
ReplyDeleteJauhnya misi mencari MK
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com