CIRIT BIRIT DAN MUNTAH

 Assalamualaikum. 


Paginya(Khamis) LM bawa Acha ke klinik ni kerana cirit birit dan muntah teruk sejak hampir tengah malam hingga ke pagi Khamis. 


Menjelang tengah hari, LM pula mula muntah dan cirit birit. Bila tengok keadaan Acha yang hampir pengsan depan doktor sebelum drip, LM dah mula rasa takut. Takut diri sendiri pun akan jadi begitu. 


LM  try ambil  makan ubat Acha tapi tetap tak stop muntah dan cirit birit. Maka, pukul 10 lebih malam terpaksa ke klinik juga minta pertolongan doktor walau memang tak larat dah masa tu. Time tidur kot! Tapi memang tak dapat tidur la kalau muntah tahap penyembur memang takda apa keluar kecuali air pahit saja. Makan last pagi tu saja cuma roti dan dumpling di restoran Swiss  Garden. Nampak sangat bukan menu sarapan yang buat kami keracunan makanan sebab Acha sakit tengah malam (Rabu)

Terima kasih poliklinik Makmur. Doktor- doktornya sangat baik dan soft spoken. 


Selesai daftar tengok jam dah 11 malam, huhu. Kalau sebab tak larat, memang tak akan ke klinik time macam ni. 

Ada 2 Pesakit sedang drip sebab muntah dan cirit birit juga, maka kalau nak drip memang kena tunggu kata doktor. Dah try cucuk tak jumpa urat, cari kali kedua pun tak jumpa. Tak larat nak tunggu orang tu siap drip pun ye juga, maka LM tanya ada cara lain ke nak stop muntah selain dari drip(ubat tu dia masukkan melalui drip). Doktor kata boleh injection. Serah lengan, balik hotel terus tidur. Zzzzz


Letih seharian muntah cirit rasa nak melayan nyawa. Sesekali Je sempat jenguk Acha dalam bilik dia sebab diri sendiri pun sakit. Huhu. 


Doktor tu cerita, dia suami isteri pernah masuk wad akibat keracunan makanan sebab makan di kawasan situ. Okey lepas ni kami banned kedai makan area situ. Taubat ui.. Kotor kata doktor. Kadang tu pinggan pun cuci tak bersih ada kesan makanan sebelumnya, cerita doktor. 


Hurmm... 

Parah ni. Mujur cuma Acha dan LM saja sakit. Kalau anak kecil yang kena lagi susah. 


Doakan kami cepat sembuh ye. LM jamah makanan pagi Khamis, harini baru boleh belajar telan makanan sikit. Lemah longlai dah rasa badan ni. 


Sangat terkilan, sejak Sabtu mengembara ke Thailand masuk Malaysia Selasa pagi terus keracunan makanan pula hari Rabu . Hurmm...

Post a Comment

0 Comments