KELADI HIASAN

 Assalamualaikum

Salam Rabu. 



Dah mula subur walau kadang tak siram, nak kata letak baja lagi la takda. Huhu. 

Pagi ni sempat jenguk pokok cili yang baru naik semai haritu nak alih ke tempat yang sepatutnya. Perlu alih segera kerana dah 5 6 pokok telah di makan siput babi sampai tinggal batang saja. Itu pun entah mampu bertahan atau tidak pokoknya.

Selepas alih pasu yang kosong dan susun semula termenung seketika bila tengok pokok keladi hiasan ni. 


Dia tumbuh di pasu pokok terung pada asalnya. Mungkin ada ubi dia yang tertinggal dalam tanah tu. saya ni selalu recycle tanah. Tu yang kerap kejadian begini berlaku.

Dalam pasu kucai tiba tiba ada, keladi yang belang zebra. Dalam pasu kangkung ada bayam Brazil. Hihi.



Post a Comment

2 Comments

  1. cantik keladi nya..kalu dekat nak gak minta anak nya .. he he..

    ReplyDelete
  2. Memang dingin tangan kak LM yaa 😄👍. Cantik2 hasil tanaman. Kalo saya, yg suka menikmati sajalah. Kalo tanam sendiri selalu mati 😅

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.