SALAM ISNIN

 Assalamualaikum


Salam Isnin semua. 

Nasi goreng simple dan anggur. Jangan hairan kenapa sedikit sangat bekal anak kecil ni. Itu yang dia nak. Layan kan saja. Tapi dia orang dah sarapan sebelum gerak ke kafa. Sekejap saja 3 jam kelas kafa dan balik sebelum ke sekolah kebangsaan mereka akan makan juga. 

Setelah seminggu anak yang sekolah bercuti, maka harini kita kembali kepada rutin biasa. Yeayy kembali ke Sekolah!

Sabtu lepas semasa ke Pasar Pudu, kami tak beli stok ayam. Kami ke sana dalam keadaan hujan sekejap renyai sekejap lebat. Naik kotor pula tu. Maka, laju laju beli ikan dan sedikit sayur terus balik. Biasanya incek suami akan sembelih ayam dan tunggu ayam di proses, tapi LM decide beli saja nanti di kedai runcit sebab LM belum pulih sepenuhnya dari sakit muntah cirit sejak Khamis lepas. Tak larat nak berlama lama, namun tetap rasa wajib mencari stok barang basah sebab dah lama sangat cuti stok barang dah takda.


Maka, bekal  harini  untuk anak kafa dan kakak maisarah praktikal adalah nasi goreng tanpa ayam. Cuma letak telur dan bilis saja Campur carrot sikit. Salad cuma hiris tabur atas. Tapi kakak maisarah dah simpan awal bekal dia, tak sempat nak snap gambar. 


Badan masih lemah longlai. Tak larat sangat mungkin banyak kehilangan air bila muntah muntah dan cirit birit lama syukur muntah terus hilang selepas doktor beri injection Khamis malam Jumaat tu, kalau tak, lagi la rasa tak larat. 


Korang sarapan apa tu? 

Selamat berpuasa bagi yang berpuasa. 


Post a Comment

0 Comments