Hai Semua, Selamat petang.
Dah lunch ke tu? LM belum lagi. Masih tak tahu nak makan apa lunch ni. Makan buah la dulu biar idea tu datang slow slow.
Kalian ingat tak kakLM pernah tunjuk limau jenis kulit hijau ala ala limau bali/ limau tambun tapi saiz kecil yang LM tanam. Masa tu tak tahu dah boleh petik ke belum. Ada yang tanya dah masak ke? Kulit nampak masih hijau.
Limau ni memang kulit dia hijau pekat. Tu yang tak tahu bila masa sesuai boleh petik. Akhirnya LM tak jadi petik selepas up entry haritu sebab tak yakin dah cukup matang atau belum walau ia bukan buah pertama. Dah pernah ada 3 biji buah sebelum ni.
Hari semalam LM nampak elok je dia tergolak tepi pasu. Alhamdulillah dia gugur sendiri tiba masanya. Maka, kita petik la.
Mirip limau bali malah lebih manis dari limau bali cuma isi dia tak besar macam limau bali. Lebih mirip isi orange tapi versi manis.Alhamdulillah sedap. Lepas ni boleh tanam lagi la limau ni. Puas hati dengan hasilnya. Ada beberapa biji lagi yang masih kecil. Berbulan pokok ni memang tak pernah belai. Tak letak baja maka dia menang tak berbuah sangat. Sejak tabur baja haritu elok pula dia berbunga dan ada beberapa biji putik mula membesar. Alhamdulillah.
Limau apa? Entah la, LM tak tahu. Mungkin kalian tahu nama limau ni boleh la share di ruangan komen.
5 Comments
x pernah plak jumpa limau mcm ni...mcm limau bali yer, tapi kecik... and manis ek, ingatkan hijau..masam la kan
ReplyDeletesedap buat jus, rasa yg manis..
ReplyDeleteLimau bali sunkist.
ReplyDeleteBuat air minuman sejuk pun sedap
Alhamdulillah rezeki tu. MZ suka limau💖
ReplyDeleteOh rasanya manis ya kak. Saya pikir tadi agak asam macam jeruk purut. Kalo manis, bisa buat jus saja
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com