BUAH TAMPOI

 Assalamualaikum.

Pernah makan buah Tampoi? Zaman kanak-kanak dulu pernah merasa makan buah ni, tu yang bila dah ada anak ni kalau terjumpa memang LM akan beli untuk bagi anak rasa walau anak tak suka tetap LM bagi mereka try supaya mereka kenal buah hutan yang makin pupus ni.

Ni rupa isi buah tampoi


Buah Tampoi tapi bukan beli di Tampoi, Johor. Hehe.

 Sekilo rm10 agak mahal juga pada LM harga buah ni. Harap kulit Je tebal. Tapi kalau tak beli, anak tak kenal pula buah ni nanti. Beli sekilo saja, anak makan seorang sebiji saja sebab kurang suka yang lain tu terpaksa lah ummi makan habiskan huhu.


Rasa dia mirip rasa buah manggis kot pada lidah LM tapi texture buahnya mirip buah ramai cuma buah ramai lembut yang ni lebih keras. Ala ala buah duku johor tekture dia tapi lebih keras. 


Sedap Je sebenarnya, ada rasa masam manis mirip manggis cuma anak anak ni lebih suka buah tembikai atau epal dan mangga tu yang jumpa buah rare mereka tak berapa minat nak makan. 


Post a Comment

0 Comments