Assalamualaikum.
Menjawab pertanyaan Ammi tentang kelapa parut. Sebenarnya LM ada juga guna santan kotak. Saja buat stok mana la tau kalau terputus bekalan kelapa parut memang LM pakai santan kotak ayam brand. Kadang kala tangan dan sendi bengkak, LM kan ada SLE autoimmune, bila tak sihat memang tak akan perah kelapa.
Apabila ke pasar memang LM akan beli beberapa biji kelapa parut dan beku kan. Bila nak pakai ambil saja, masuk microwave 30 saat dan curah air panas, blender terus perah. Jimat masa. Dulu kami guna santan pekat, tapi bila dah beku proses nak memasak jadi agak lambat sebab LM tak kuat nak potong santan beku tu. Bila simpan lebih dari seminggu rasa dia ada sedikit berubah banding kelapa parut. Di pada lidah LM tau. Mungkin orang lain okey saja.
Kenapa tak pakai saja santan segera? Mudah simpan santan kotak kan?
Kalau kuih tradisional dan nasi lemak LM lebih suka guna santan dari kelapa parut atau santan Ori cumanya jika nak frozenkan mudah LM urus kelapa parut banding santan Ori seperti LM buat beberapa tahun lepas.
Terserah pada mana mudah sebenarnya. Kawasan LM ni ada kedai runcit jual kelapa parut juga. Kalau tak sempat ke pasar LM buat stok beli di kedai runcit saja. LM buat kuih bakar pun kadang guna juga santan kotak. Ikut tahap kerajinan. Hehe, kelapa parut walau beku mudah saja nak potong guna pisau. Sebab tu LM kata mudah untuk LM urus kelapa parut berbanding santan beku, itu pun semuanya mengikut tahap kesihatan dan kemampuan diri LM.
4 Comments
MZ guna santan kotak jer..sbb dh biasa so boleh diterima tekak lah..memang kalau ada choice, santan yg baru perah fresh tu lagi sedap laaa
ReplyDeleteOh begitu rupanya
ReplyDeletePH pun kalau beli kelapa parut simpan dlm freezer, tahan alhamdulillah.
ReplyDeleteSantan kotak guna bila keputusan bekalan santan segar @ kelapa parut :)
hahah..malu kita wak.
ReplyDeletetq for the tips. boleh gak mintak husband gi cari kelapa parut pastu frozenkan.
kalau santan yg dah berperah bila simpan lelama pun mmg ada terbit rasa dan bau yg pelik sikit. tak basi tapi bau dia pelik
Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com