Assalamualaikum.
2 minggu lepas LM ada beli kepala ikan merah. Di sebab kan banyak ada 10 biji dan dah belah dua kesemuanya maka LM masak 2 kali kepala ikan tu. Sepuluh ketul masak kari selepas beli tu dan 10 ketul masak Asam pedas minggu lepas.
Aish suka sangat Asam pedas kepala ikan tu. 3 4 ketul juga dia makan. Dia minta beli lagi sebab sedap katanya. Maka harini LM ke pasar beli la lagi kepala ikan tu. 10 biji cuma rm10 kira okey la. LM minta dia orang belahkan sekali kepala tu agar tak besar sangat.
Alhamdulillah, orang pasar dah tolong belah mudah nak masak.
LM suka makan kari tapi tak pandai sangat masak kari. 5 kali buat kadang tu 2 kali Je menjadi. Selebihnya tak lawa kuahnya. Macam tak pecah Minyak dengan elok dan tak umphh. Dalam keadaan diri letih ni malas nak ambil risiko masakan tak menjadi. Kita bukan orang utara, kita johorean memang pejam mata pun boleh masak Asam pedas. Eh gurau. Maka masak Asam pedas saja lah harini. Lagi pun aish suka masak Asam pedas. Lain kali baru masak kari layan permintaan tekak sendiri. Hehe
Esok dan lusa sedikit busy, memang perlu ke pasar harini. Tu yang kelam kabut dengan anak sekolah pun pergi juga ke pasar agar mudah esok tak kelam kabut.
6 Comments
murahnya LM dapat kepala ikan merah tu...sedapnya kepala ikan tang mata ikan tu sedap sedut
ReplyDeleteBetul ke tak pandai masak kari? Merendah diri ni...
ReplyDeleteKalo kepala ikan nih suami yg suka. Saya masih belum bisa makan kepala ikan 😅. Lebih suka ekor. JD kalo mudik ke Medan, mama pasti buat masakan kepala ikan, dah pasti untuk suami 😄. Dia tahu menantunya suka sangat kepala ikan
ReplyDeleteSatu kepala ikan merah dipotong 10 ketul.. besar benor saiz nya.. amboii johorean msk asam pedas pejam mata jer.. mmg another level ni huhuu..
ReplyDeleteMurahnya kepala Ikan tu. Sini 2 ketul RM15, paling murah PH pernah beli.
ReplyDeleteKari ke asam pedas ke dua² mmg sedap utk menu kepala Ikan ni 👍🏻
Murahnya 1 kepala ikan merah seringgit.
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com