Assalamualaikum. Pagi tadi LM cuma masak nasi lemak telur rebus saja untuk family. Kadang tu hari cuti memang LM gantung kuali kecuali mood rajin tu datang barulah memasak. Nasi lemak ni nak buat tak lama pun sebab sambil goreng bilis dah boleh kisar kelapa parut untuk perah santan dan masak nasi. Menu sebegini makan time cuti seronok sebab dapat makan panas- panas.
Ni LM punya. Tak diet la hari ni. Haha.
Kita kan ada 2 tungku. Satu tungku tu jerang air. Dah menggelegak masukkan telur. Set masa 8 minit jika telur gred C untuk telur rebus.
Tungku satu lagi tu selepas goreng bilis terus tumis bawang. Dah agak layu terus masukkan bawang kisar, belacan dan bawang putih. Lepas garing masukkan cili kisar. Bila dah masak cili tu baru masukkan gula melaka, garam dan apa saja kesukaan kalian dalam sambal bilis. Ada yang suka letak bilis. Kami tak suka bilis dalam sambal nasi lemak lebih suka bilis goreng.
Nasi pula guna pressure cooker set 8 minit. Nasi tu LM buat 2 mug saja. Masukkan kelapa parut dalam blender, tuang air panas 3 cawan setengah(LM guna basmathi+sedikit beras siam) dan kisar. Perah santan tadi. Masukkan garam, 1 sudu minyak jika suka nasi berderai. 2 helai daun pandan dan bawang hiris jika suka. Set 8 minit. Siap!
Nasi 8 minit, telur rebus 8 minit, sambal Je la lama sikit, ada timun. Ada bilis goreng. Settle. Kadang tu LM suka frozen kan daun pandan sebab malas nak ambil di luar rumah. Keluar masuk jadi lambat proses memasak.
Korang sarapan apa pagi ni? Lunch nanti masih takda idea nak masak apa. Tengok mood la macam mana nanti. Huhu.
9 Comments
Waalaikumussalam.
ReplyDeleteSama kita. Sarapan nasi lemak juga. Tapi nadi lemak hijau, sambal ikan bilis dan ayam kuah kacang.
Sedap nasi lemak homemade sendiri
ReplyDeleteHarini rasanya beli saja hehe
ReplyDeletePg td kami kuar bf, tghari plak mz dh order food dari jiran sebelah rumah
ReplyDeletePg td kami kuar bf, tghari plak mz dh order food dari jiran sebelah rumah
ReplyDeletePH masak nasi lemak malam tadi. Siang keluar banyak tempat, balik rumah macam malas nak keluarkan ayam ikan semua. Nasi lemak telur rebus je la jawabnya :)
ReplyDeleteNasi lemak ni kalau makan panas2 memang sedap LM.
ReplyDeletemmg sentiasa ada stok kelapa parut ke kat rumah? ke beli pastu simpan kat freezer?
ReplyDeleteammi selalu terpikir nak perah sendiri tapi tulah nak mencari kelapa parut pun satu hal jugak. jadi biasa beli stok santan kotak jelah
Baca ini saya langsung teringiiin nak buat nasi lemak juga kak😍😍. Sama lah, saya pun LBH suka ikan bilisnya terpisah, jangan bercampur sambal. Biar ada keriuk2 nya
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com