TANAM CILI DARI BIJI BENIH CILI DI DAPUR

 

Assalamualaikum. Pagi semua. Tanaman  di sekeliling rumah saya bukanlah semua dibeli anak pokoknya. Contoh, pokok cili ni saya tanam dari biji benih cili di dapur. saya  ni ikut mood. Jika mood tu datang, semua biji benih dari dapur semuanya saya campak ke pasu untuk disemai. Macam pokok cili besar ni, biji benihnya bukanlah dibeli tapi saya semai dari biji cili yang digunakan selepas membuat sambal belacan. 


Bukan semai sangat pun, cuma campak saja ke dalam pasu, bila dah hidup ada 4-5 helai daun asingkan ke pasu lain.



Ini pula cili api siam. Korang panggil cili apa ye? Bukan cili padi kampung tu, yang jenis besar tu ha. Biasanya buat sambal belacan saya campur cili merah dengan cili api beberapa biji. Selepas tu biji dia campak saja ke dalam pasu. Tu yang cili besar dan cili api ni tumbuh dalam pasu yang sama.


Ini cara orang malas. Kalau kalian rajin, semai la elok elok. Letak 1 lubang 2 biji benih. Lebih elok hasilnya nanti. Macam saya ni campak saja, bila dah tumbih ambil 3 4 pokok dan selebihnya buang saja kerana dia tumbuh sekelompok sebab tak korek tanah main campak saja. Tanam suka suka, bukan beriya pun. Hehe. 


Suka suka pun, bila terputus stok cili api siam, atau cili padi kampung boleh juga kita petik dari pasu tepi rumah. Cili besar ni pula goreng dengan bilis sedap juga kan? 

Post a Comment

4 Comments

  1. Wah…seronok tengok hasil campak-campak LM 👏🏽

    ReplyDelete
  2. sblm2 ni pun i tanam gini jugaklah cili2nya..lately my mini garden tu terabai sbb i mcm bz/tak de masa/campur2 mood malas jugak

    ReplyDelete
  3. PH pun campak² je biji cili ke betik ke... Kalau tumbuh, tumbuh la hihi ...

    ReplyDelete
  4. Campak2 pun bisa tumbuh ya kak 😄👍. Tangan dingin nampaknya. Saya tak yakin kalo saya campak2 tumbuh begini 🤣. Dah pernah coba dulu, habis daunnya dimakan hama 😅

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.