SANDWICH

 Assalamualaikum

Selamat pagi semua. Pagi ni LM cuma buatkan sandwich saja untuk bekal anak. Yang snap ni kakak maisarah punya bekal.


Sandwich kali ni LM cuma guna chicken slice saja. Grill sekejap. Guna 3 keping roti. Sapu mayonnaise dan sos cili setiap keping. 1 lapis an letak chicken slice dan daun salad. Satu lapisan lagi LM letak telur dadar dan daun salad dah siap tu potong kepada 4 bahagian. 

Harini agak busy, ada ambil darah di Hospital jam 8 pagi.  Biasalah, rutin orang autoimmune ni kena ambil darah setahun dua kali untuk pantau tahap kesihatan. Alhamdulillah selesai cepat dan dipermudahkan semuanya berbanding selalu, sempat sarapan dulu sebelum gerak balik rumah.


Korang semua sihat ke harini. Moga dipermudahkan urusan

Post a Comment

0 Comments