TIPS SIMPAN HALIA

 

Assalamualaikum. Halia antara barang dapur yang wajib ada di dalam dapur supaya mudah urusan memasak tak perlu sentiasa membeli sebab bukan pakai banyak pun halia setiap Kali memasak . Oleh kerana halia cepat rosak bila disimpan lama maka LM terpaksa guna tips simpan halia agar tidak jadi membazir.

Halia ni selepas dicuci LM akan toskan Dan keringkan . Setelah tu potong Dan beku kan di dalam pinggan anggaran masa dalam satu jam. Tujuan beku kan sekejap agar bila simpan dalam bekas dia tidak melekat sesama sendiri. Bila dah beku , boleh masuk bekas Dan beku kan.nak guna nanti terus cuci Dan buang kulitnya tak perlu defrost pun. 

Haritu harga halia mencecah rm14 sekilo di sini.sekarang dah turun ke rm8 sekilo LM tengok semalam . Lengkuas pun boleh disimpan dengan cara sama. Ada orang suka rendam dalam bekas kan? Ada cara lain simpan halia agar tahan lama? Share please

Post a Comment

2 Comments

Terima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.

Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com