Assalamualaikum.
Salam Selasa. Harini LM selesaikan satu pagi perkara wajib buat untuk persediaan persekolahan anak-anak iaitu beli buku sekolah.
Untuk Aish cuma wajib beli buku aktiviti English saja, masa tahun satu haritu semua subjek ada. Tahun ni takda pula. Tak buat latihan ke? Cuma guna buku tulis? Entah la.
Bagi Syahim pula beli buku tulis dan buku aktiviti setiap subjek. Buku tulis garia satu perlu beli 10 biji setiap seorang tapi LM beli 5 biji saja sebab di rumah ada 14-15 biji buku yang Masih kosong tidak digunakan lebih tahun tahun lepas. Bila kumpul terkejut tengok terlalu banyak. Seronok je beli ikut jumlah yang diminta terus bayar bila akhir tahun ada yang tak digunakan.
Selepas siap membeli kami terus ke sekolah menengah Syafiq pula . Agak lama juga lebih setengah jam dia membeli. Ada dalam 10 orang berbaris di depan dia katanya. kami hanya tunggu dalam kereta saja tak ikut ke kedai buku. Sebelum Syafiq membeli LM dah pesan siap siap buku graf Dan peta tak perlu beli sebab last year punya tak guna pun.
Bab membeli buku tulis ni kena lebih teliti.LM tak mau jadi macam tahun lepas, beli ikut list yang diberi akhirnya jadi membazir. Kadang tu orang kedai buku ambil terlalu laju kita memang tak perasan ada buku sifir lah, ada buku catatan lah dalam list tu. Kena tanda siap- siap apa yang kita tak mahu beli agar tidak berlaku pembaziran.
Doakan urusan persiapan persekolahan anak- anak lancar ye. Tudung sekolah marsya tak beli lagi, kena order online sebab kedai haritu takda jual tudung labuh. Tahun akhir sekolah tiba tiba jadi pengawas la pula budak tu. Tak sampai hati nak tegah kata tak payah. Huhu.
1 Comments
Sek keb tak keluar list lg.. Selalu kami direct kedai buku panel je (pustaka rakyat).. Sek kafa, dah keluar list.. Sek men pun dah keluar list juga
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Komen yang baik2 saja ye. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.
Andai ada sebarang pertanyaan boleh email saya di lydiamiza23@yahoo.com