MEE KARI


Assalamualaikum. Ada peminat Mee Kari  kat sini?

Awal-awal puasa haritu gigih la buat Mee Kari untuk hidangan berbuka puasa tapi bila dah lama sikit berpuasa ni dah tak berapa selera nak makan sangat. Takda dah masak beriya kerana biasanya makan ringkas -ringkas saja lebih kepada banyak minum air. 


Siap hidang dan terus wrap dengan plastic.


Bahan kuah:
1biji bawang besar *
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia.*
(Kisar semua *ni)

4biji bawang merah dimayang.
2 ulas bawang putih dimayang
1inci halia dihiris halus
3 tangkai daun Kari

(4 sekawan)
Kayu Manis1
Pelaga 2
Cengkih 3
Bunga lawang 1

saya guna Serbuk Kari daging dan ayam brand Faiza anggaran 2 senduk makan

1 senduk cili kisar.

Minyak untuk menggoreng


Santan secukupnya.

Ayam dipotong kecil.
Fish cake dihiris. 
Fish ball belah dua 
Tauhu kering belah dua(masukkan last sekali)

Sayur pakchoy potong pamgkalnya sedikit dan  rebus ( boleh potong kecil atau sehelai sehelai)
Daun sup untuk hiasan
Cili merah hiris untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Telur rebus belah dua (didihkan air+1 sudu kecil garam+1 sudu minyak masak, kemudian Masukkan telur. Biar mendidih 8 minit. Angkat dan rendam dalam air sebelum dikupas)

Garam dan serbuk perasan jika suka

Cara: tumis 4 sekawan dan daun Kari. Masukkan bahan yang dimayang halus hingga naik bau. Kemudian Masukkan bahan kisar dan serbuk Kari serta cili kisar .

Tumis dengan api perlahan hingga naik minyak. Tambah sedikit air dan biar naik minyak lagi sekali. Ulang step ni hingga tiga atau empat Kali naik minyak baru masukkan ayam. Apabila ayam hampir masak masukkan santan dan kacau sentiasa. 

Boleh masukkan fish cake dan bahan lain .  letak garam sebelum dihidang. 

Kadang tu setiap menu wajib buat mee kari bila bulan puasa, habis je puasa berbulan bulan tak masak menu ni. haha

Post a Comment

3 Comments

  1. ammi peminat mee kari. sangat minat sampaikan minat tu berjangkit kat husband pulak

    ReplyDelete
  2. Beberapa kali coba mee kari yg di JKT, tp saya tak suka. Terlalu oily sangat. Yg di Medan sedap. Memang lah bisa beda2. Nanti kalo ke KL nak Ciba mee kari yg di sana

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.