ALAMAK

 





Alamak!Apa la yang aku order ni?(itu la yang terdetik dalam hati)
Semasa dalam wad tempoh hari, bila diberi pilihan menu entah apa saya pilih pun tak tau. Otak fikir lain, jasad je ada kat situ.

Ada satu hari tu menu minum petang 3 biji karipap atau Pai ayam ke apa ntah saya pun lupa. Ish takkan nak pilih karipap kan?(Konon tu menu tak sihat). Laju je pilih satu lagi.

Tapi bila sampai, rasa nak tergelak. Dah la tengah lapar, penat dan sakit baru balik dari jumpa Pakar Saraf, dapat pula seketul kecil benda ni. Berhuhu je la petang tu .



Post a Comment

0 Comments