Ayam popcorn.
Ada yang suka?
dada ayam, memang tak laris pun jika dibuat lauk di rumah ni. maka, ini adalah salah satu menu penyelamat agar dada ayam tidak terbazir begitu sahaja.
Dulu saya suka rebus dan bagi kucing makan. tapi kucing pung dah macam jemu nak tolong makankan ayam bahagian dada ni. hihi.
dada ayam ni saya potong kecil saiz dadu. salut dengan tepung bestari/ bon chef atau apa saja brand tepung ayam goreng kegemaran kalian. jika tak ada boleh (campurkan 1 senduk tepung gandum + 1 senduk tepung jagung+ 1 sudu teh serbuk lada putih atau serbuk lada hitam/ sedikit garam, sedikit serbuk pati ayam jika suka)
salut ayam dengan tepung. angkat dan celup ke dalam air. celup lagi sekali dengan tepung tadi dan goyangkan sedikit beberapa kali ayam tu biar lebihan tepung turun dan supaya tepung nampak salutan nya kerinting dan cantik. terus goreng sehingga garing. angkat dan hidangkan
kalian makan apa lunch ni? saya ni terasa lapar tapi takda selera la pula nak makan. tak tau la nak makan apa
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.