Sorry korang, pagi pagi dah tunjuk aiskrim pada korang. tapi sekarang kan musim panas. sesuai sangat la pukul 10 sekejap lagi korang pergi mencari asikrim basahkan tekak.Bingxue ni halal tak? ada sijil halal? area rumah kami ada kedai bingxue ni. di luar kedai takda letak logo halal maka kami pun tak pernah la singgah . brand ni jarang kami nampak berbanding yang huruf M tu. rupanya brand ni ada sijil halal, korang boleh google atau klik sini bingxue
orang belanja, alhamdulillah...kita makan je. ala ala rasa aiskrim mekdi tu. kalau suruh order sendiri memang tak pandai kot. tak tahu ada jual apa .
manis? ye manis di tekak saya mungkin kerana saya dah berbulan kurangkan gula dalam menu harian.= tapi bukan manis leting la. tapi benda gini bukan makan tiap hari, malah bukan tiap bulan pun. jarang sangat saya makan aiskrim kecuali jika mulut terlalu banyak ulser(saya pesakit SLE)memang akan cari aiskrim atau benda yang sejuk untuk meredakan pedih mulut ni.
kalau asikrim korang suka perisa apa? saya teringin nak makan aiskrim yang ada hazelnut , sedapnya. nyumssss...
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.