Assalamualaikum. harini saya rasa macam tak cukup tangan nak kejar buat itu ini. otak tak boleh fikir nak masak apa sebab perlu urus pelbagai perkara dengan kesihatan yang tak berapa okey ni. maka, kebetulan memang ada stok ikan merah terus la saya buat menu asam pedas ikan merah . sayur pula saya buat sayur bayam merah masak air saja. 

minggu lepas dah buat lauk asam pedas, minggu ni buat lagi. eh eh...Johor sungguh kiter ni kan?(asam pedas adalah salah satu lauk orang Johor selain dari menu kebanggaan negeri Melaka) haha