Assalamualaikum. nugget homemade? berbaloi kah jika nak buat sendiri?
Pada saya berbaloi terutama jika di rumah kalian tiada penggemar bahagian dada ayam dan amatlah susah nak habiskan stok bahagian tu.
Saya suka buat nugget dan rasa ia berbaloi kerana harga nugget brand yang sedap dan terkemuka tu dah makin mahal. Dulu harga tak sampai RM 11 satu pack yang beratnya 1 kg tapi sekarang harga semakin naik dan beratnya tak sampai 1 kg.
biasanya dada ayam tu saya kisar guna food prossessor saja bersama sedikit kiub ayam, garam , lada sulah dan sedikit carrot jika suka atau itu saja bahannya. ada yang suka tambah sebiji telur. tapi saya tak suka.
jika tiada food prossessor boleh guna pengisar kering saja . selepas dikisar ayam tu boleh dibentukkan dan celup dengan telur putih yang dah dipukul sedikit. selepas dicelup telur terus salut dengan bread crumbs(serbuk roti). jika suka guna cornflakes kisar boleh juga. kadang saya guna cornflakes atau nestum yang dikisar halus. sesekali saya salut dengan tepung ayam goreng. ikut citarasa dan bahan yang ada di dapur kita.
dah siap buat boleh terus goreng untuk dimakan atau susun dalam bekas dan bekukan. saya goreng dulu sekejap dan sejukkan. bila dah tak panas susun dan bekukan. nak guna boleh terus goreng seperti nugget yang biasa kita beli tu.
ada orang suka tambah kentang di dalam bancuhan nugget. terserah pada citarasa kalian.
6 Comments
Lagi sihat buat nugget sendiri kan. Thanks for sharing.
ReplyDeletewahh good idea ni!
ReplyDeleteOk ni.... Boleh cuba nanti....
ReplyDeleteSaya selalu beli brand Farmbest...1 kg dlm RM15++
ReplyDeleteOwh... macam2 bahan boleh digunakan untuk di salut tu eh? I see....
ReplyDeleteNugget panas-panas, rangup luar, lembut dalam. Memang layan
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.