ROTI PANDAN

 


Assalamualaikum. dah lama saya nak share resepi roti pandan ni. asik tertangguh je. 

500 gram tepung roti/ tepung gandum pun boleh.
1 biji telur
1 sudu teh garam
6 sudu besar gula pasir
1 sudu besar yis kering
1 sudu kecil pelembut roti
1 sudu kecil bread improver
2 sudu besar susu tepung jika suka
1 1/2 sudu besar butter- jika tak ada boleh ganti 2 sudu minyak sayur
250-280 ml air pandan kisar dari 5 helai pandan dan tapis.(jangan guna semua, masukkan air sedikt demi sedit kerana setiap brand tepung berbeza penggunaan air)

masukkan tepung, garam, gula, pelembut roti, bread imporver, susu tepung dan yis. gaul sebati. masukkan air sikit demi sedikit. masukkan telur. dah rata semuanya baru masukkan butter. 

uli sampai rata dan elastik dalam 15 minit.biar rehat 20 minit.

buang angin uli lagi 15 minit. biarkan doh naik dua kali ganda dalam 40 minit. 

uli buang angin dan bentukkan. jangan lupa sapu minyak pada loyang. biar naik 20 minit dan bakar 20-25 minit suhu 180 degree. sebelum bakar spray air bancuhan susu manis atau bancuhan telur yang kuning ikut selera masing masing atas roti dan tabur gula atau keju. 

dah masak , sapu sikit butter atas roti agar berkilat dan lembut 

selamat mencuba








Post a Comment

4 Comments

  1. PH surrender awal la bab meroti ni. Nak buat donut pun tak lulus haha..
    Anyway nampak fluffy rotinya. Sedap!

    ReplyDelete
  2. share location pelis, kita singgah nak rasa satu bun saja jadilaaa. ihiiihiii!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.