KERAMAT HATI-AYAH


Assalamualaikum. Kisah bulan lepas baru sempat nak up sini. ayah ada temujanji dengan doktor untuk pemeriksaan jantung maka selepas selesai urusan ayah di hospital saya layan ayah sekejap sebelum dia pulang semula ke kampung. 

kebetulan ayah belum pernah lagi tengok rumah baru kami ni, dapat la curi masa bawa dia ke sini sekejap walau rumah ni masih kosong dan tak buat renovasi lagi. 

malamnya kami bawa ayah melepak makan sate dan pekena sup kambing sambil menikmati keindahan malam di ibu kota. alhamdulillah, masa yang sedikit kita gunakan sebaiknya bonding dengan keramat hati selagi ada peluang . 

dulu masa kita kecil ibu ayah manjakan kita, bila dah dewasa ni kita pula layan ibu ayah sebaiknya, insyaAllah...

Post a Comment

0 Comments