KISAH STOKING SEKOLAH


Assalamualaikum. kisah stokin sekolah bikin adrenaline mencanak naik. Dak Aish ada bagitau stoking sekolah dia dah banyak yang rosak dan saiz pun dah kecil. Saya rancang nak belikan baru pada hari Sabtu atau semalam. tapi tak sempat.

Bila tak sempat, pagi tadi dia mula lah berzikir. katanya, nanti suruh belikan ye stokin, sebab stokin ada satu je ni yang elok untuk ke kafa, nak ke sekolah kebangsaan tak ada dah yang elok.

Selepas ambil abangnya dari tuisyen  tiba-tiba baru perasan ada sesuatu terlupa buat. terus bersiap dan berkejar ke Aeon Jusco mencari stokin sementara nak ambil dia dari KAFA.

kelam kabut jadinya. mungkin korang terfikir, ala...malam je la beli. kenapa la layankan sangat anak kecil tu? saya ni sejenis sangat suka happy kan orang. tak kisah benda tu tentang apa. jika orang tu dapat sesuatu then happy, maka saya happy nak buat benda tu. 

kalau kek batik marie kesukaan awak, buat awak happy bila makan. saya akan buat selalu untuk awak. jika gulai lomak cili api adalah kegemaran awak, menu ni lah saya akan masak kerap demi beri sedikit bahagia di hati  awak. haa gitu!

korang busy ke harini?

Post a Comment

6 Comments

  1. Lebih kurang kisah stokin, sama masa anak2 sekolah dulu.

    ReplyDelete
  2. Salam singah..awal pagi blogwalking ke sini..

    ReplyDelete
  3. MZ bz laaaa kalut dgn keje, opis plak aircond rosak haishhhh

    ReplyDelete
  4. kadang buat kerja kelam kabut ni best gak.
    since kaki mak pun dan sama je dgn saiz daktiga ni, makanya kita beli semua satu pattern sama, muahahaaa... mak punya jahitkan manik supaya nak beza. yg lain2 semua sepesen, bila dah basuh pening sebab semuanya sama. tapi mak tetap dpt beza, sebab kaki daktiga ni ada yg runcing lurus dan ada yg lebar.

    ReplyDelete
  5. kadang-kadang benda kecik tapi kalau itu yg orang lain suka, why not

    ReplyDelete
  6. Saya terkadang macam itu kak. Namanya juga kita sayang dengan orang yg request, jadi sebisa mungkin pasti diusahakan .

    Tapi terkadang pernah juga saya tak nak. Saat anak bilang malam2 dia ada tugas prakarya di sekolah dan esok harus bawa. Kalo itu saya marah 😁.

    Saya tak nak bantu, sebab itu salah dia kasih tahu mendadak. Sekali saya biarkan, so si kakak tahu kalo hal macam itu tak bisa mendadak, harus dari awal dibagi tahu. Untungnya dia sadar. Esok2 tak pernah lagi buat hal.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.