MEE GORENG SIMPLE


Assalamualaikum. Salam Isnin. Monday blues tak harini korang?saya ni monday blues ke tak tetap perlu buat rutin harian seperti biasa agar tak ada yang tak sempurna. alhamdulillah dalam mamai tadi sempat juga buat mee goreng simple untuk sarapan pagi. 

saya buat mee goreng memang simple, jarang buat mee goreng yang terlalu sarat dengan rencah . kadang tu jemu . suka simple saja. 

bahan:
mee kuning
1 biji bawang besar-kisar
 2 ulas bawang putih-kisar
4 sudu besar cili kisar

3 biji telur untuk 400 gram mee kuning

1 senduk makan sos tiram
5 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu kecil perencah kegemaran
sayur kegemaran.

cara: tumis bawang dan bawang putih sampai naik bau. kemudian masukkan cili kisar. tumis sampai naik minyak. masukkan ayam atau apa saja rencah yang disukai. masukkan telur dan segala sos kesukaan. masukkan mee. gaul sampai rata.jika nampak kering masukkan 3 sudu makan air. masukkan sayur , bila sayur dah sedikit layu boleh dihidangkan. 

-jika suka daging boleh masukkan daging yang dihiris nipis. daging perlu dimasukkan selepas proses menumis bawang dan cili. apabila daging empuk baru masukkan bahan lain. 

selamat mencuba.

Korang sarapan apa tu? selamat berpuasa bagi sahabat yang berpuasa.

Post a Comment

2 Comments

  1. Yang simple tu yg sodap kan...

    ReplyDelete
  2. Mee Goreng simple ni la zaman dulu kalau mak masak mmg habis licin kami 4 beradik makan.. ☺️

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.