Assalamulaikum. Kisah semalam, saja kami buat bakar-bakar konon ber barbeque sebab semua ada di rumah. Bila bakar-bakar ni semua ada makanan laris tak la terbazir. Meriah suasana cuti sekolah kalau berbaque ni.
Kebetulan harini birthday kakak Maisarah, konon saja la makan besar sempena birthday dia. Plan asal mereka nak berpiknik konon di sungai mana-mana mencari air terjun tapi bila fikir semula cuaca sekarang ni kerap hujan, hampir setiap hari hujan lebat. Risau kepala air je nanti. Bahaya kan? Tukar plan, bakar-bakar saja buat makan di rumah .
Antara menu yang dibakar. Ada sate ayam, sate daging, daging bakar, ada sosej juga dan kambing bakar juga. Bara api tu kami salai ikan keli dan salai daging. mudah nak buat masak lomak keli salai dan daging salai nanti
daging lembu tu saya hiris biar mudah nak makan, kambing pun ada. Sate tu saya buat sikit kuah kacang juga . kakak maisarah buat sos sukiya dan ada sos lada hitam juga untuk pencicah.
Rasanya tahun ni tak pernah berbarbeque lagi. Memang tahun ni super busy. Alhamdulillah dapat makan-makan begini dah cukup happy.
Sate ayam tu dalam 70-80 cucuk juga rasanya. Sate daging pun banyak juga. Dalam 100+ cucuk juga rasanya dua jenis sate tu semalam. Makin mahir dah saya mencucuk sate, dulu terkial-kial cucuk risau tertusuk jari.
Konon malam nak makan nasi, gigih la masak nasi tapi saya tak makan pun, tengok lambakan makanan pun dah cukup kenyang. Tak mampu makan pun, sebab siang dah makan banyak. hehe. Makan protein tak gemokkan badan kan? haha ayat tenangkan hati sebab dah makan banyak.
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.