STRAWBERRY MANIS


Assalamualaikum. Strawberry manis memang akan jadi kesukaan semua orang, kalau terlalu masam pun tak sedap juga kan? Manis trawberry ada sisi masamnya sama seperti manusia, ada baiknya ada juga sisi buruk perangainya. Terserah kita nak hadap dan fokus pada buruk atau baiknya atau terima seadanya. 

Alhamdulillah strawberry ni memang manis dan saiznya besar. Kami beli di pasar malam kawasan rumah ni saja. murah, manis dan tahan lama tidak mudah berair dan rosak. 


 dalam posting saya yang SPONTANEOUS THURSDAY korang seram tengok banyak takut rasanya masam kan? hehe , jangan risau. rasa dia manis. Berbaloi beli tiap minggu. Kadang tu saya makan cicah coklat, kalau tengah hari makan begitu saja . 

Pagi ni sarapan strawberry saja. kononnya diet sebab berat dah naik ke 55kg pagi ni.  Harap berat turun semula ke 52kg, malas nak diet beriya. huhu. 

Tapi kan, saya rasa berat saya naik sebab otot la. saya dah mula buat senaman angkat beban dan regangan juga . swimming lagi, zumba lagi. Saya plan minggu depan nak cycling untuk busykan diri, lately ni terasa macam ada banyak masa terluang . kena bazirkan masa untuk dua aktiviti lain agar setiap detik terisi dan tak rasa bosan. 

Post a Comment

1 Comments

  1. Jarang jumpa strawberry manis. Kalau dapat tu boleh makan kosong je sedap. Makan dengan coklat pun sedap. Dengan asamboi pun sedap.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.