KASUT SEKOLAH BARU?


Hi semua. exam dah selesai, buku teks dah nak pulang minggu depan tapi kasut sekolah dah lunyai sampai terkeluar ibu jari kaki. Risau viral pula dua hero ku nanti pakai kasut koyak rabak. Lebih baik belikan kasut baru walau rasa ralat juga sebab dah nak habis sekolah, hehe

Takpe, tahun depan tak payah beli kasut, bisanya kalau elok lagi memang tak beli pun. Uniform pun begitu, kadang tu beli sehelai saja buat rasa- rasa meriahnya naik sesi persekolahan baru, pakaian yang lama jika masih elok memang akan guna kembali. Tak baik membazir kan?

Apa yang saya perasan, kasut zaman sekarang ni mudah koyak bahagian depan. Kasut zaman saya kecil dulu kalau rosak pun bahagian tapak di tumit. Kalau balik sekolah time hujan , basah la stokin sebab tumit dah ternganga. Jauh tu jalan kaki dari sekolah balik rumah. Kampung kami agak jauh ke dalam. 

Aku Anak Kampung
Tiada Pelajaran
Kuli kuli Sahaja
(teringat pula lagu  ni)

Post a Comment

0 Comments