MAJLIS KHATAM HAFAZAN PERDANA


Assalamulaikum. Ni kisah Jumaat lepas, alhamdulillah selesai sudah majlis besar buat  anaknda Marsya dan semua rakan seperjuangannya . Terima kasih pihak sekolah kerana menganjurkan majlis ni, katanya tahun ke -4 majlis ni dibuat untuk meraikan anak-anak yang selesai menghafaz 30 juzuk selama belajar di sana. 

Walaupun anaknda marsya selesai hafazan pada awal  tahun lepas tapi dia tak dapat join pelajar form 5 punya majlis, kena sertai ikut batch juga. Betul juga. lebih seronok meraikan hari bahagia dengan kawan seperjuangan . Tahun- tahun sebelum ni jika ada pelajar form 3 atau form 4 selesai hafazan mereka, boleh je sertai majlis form 5 pada tahun yang sama. 

Alhamdulillah, majlis sangat meriah , semua ibu ayah serta guru pembimbing sangat gembira meraikan hari besar mereka. Tahniah Anaka ummi dan semua sahabatnya. Semoga Al-Quran sentiasa di hati sepanjang perjalanan dan hela nafas kita , aamin


Post a Comment

0 Comments