NAK CABUT GIGI TAPI...


Pagi semua. Salam Isnin, Salam Mondayu Blues. Eh
Ni kisah hero kesayanga, Selasa lepas dia mengadu gigi dah goyang dan berdarah. Bila tengok ye memang dah goyang tapi tak goyang kuat. Nak cabut sendiri risau sebab gigi tu geraham kecil. Bila whatsapp Dentist nak bawa Rabu rupanya klinik tutup hari Rabu. Maka buatlah temujanji pada hari Sabtu.

Kebetulan Sabu kami ada kelas swimming. Cun sangat lah tu, lepas swimming terus ke dental clinic bawa dia dan memang saya perlu ke sana juga nak ambil retainer sebab dah buka braces minggu lepasnya. 

Sedang berlangsung kelas swimming tiba tiba dia kata gigi tu dah tercabut. Haiyaaa dalam kolam pun gigi tu boleh tercabut sendiri ke? Maka takda la mencabut gigi, teman ummi ambil retainer je la. 

Hye korang, saya dah buka braces tau! hahahaa....bangga lak dah buka braces. dua tahun penuh derita telah berakhir. 

Post a Comment

0 Comments