hi, salam Ahad, dah lewat baru sempat bersiaran. Tak mood, rasa sedih pilu entah apa perasaan yang muncul pun tak tau. Takpelah abaikan saja rasa tak best tu . Kita fokus pada aktiviti padat dari pagi sampai ke malam untuk harini. Moga ada kebaikan dan manfaat atas setiap langkah dan denyut nafas. Pagi tadi saya buat nasi goreng saja untuk sarapan.Kebetulan ada lebihan nasi malam tadi, sayang pula terbazir begitu saja( eh tak bazir, kalau tak goreng saya akan panaskan masak bersama nasi harini. Nasi lebih saya akan frozenkan dan masukkan dalam nasi baru yang saya masak hari berikutnya).
Harini ada kelas swimming . kami bertiga ada kelas swimming, saya dan buah hati 10 dan 8 tahun tu juga. Maka sementara dua tu ke masjid ada kelas mengaji, saya laju-laju gorengkan nasi untuk sarapan pagi. Kelas mula 9 pagi, maka 8.25 saya perlu gerak kerana nak bayar kolam, nak tukar tudung semua tu perlu masa juga. huhu.
Saya tak sarapan sebab tak sempat. Makan lewat terus terjun kolam risau sakit perut macam beberapa minggu lepas. Korang sarapan apa tadi? kalau cuti best makan luar gak kan? ish selagi ada kelas swimming pagi, saya memang tak sempat nak ke sana sini. Tak lama lagi kelas swimming habis, boleh la saya berjimba, berzumba dan berlumba. Eh!
1 Comments
pg td MZ bf mkn nasi kerabu
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.