PISANG SERENDAH




Hi semua. Saja nak share pasal kiah pisang saya ni. Pisang ni anak benihnya arwah atuk saudara saya yang bagi. Semasa balik kampung ke Bukit Senggih beberapa tahun lepas tengok elok subur pisang ni di tepi rumah arwah. Bila tegur laju -laju arwah atuk ambilkan anak benih hadiahkan kepada kami. Alhamdulillah dah banyak tahun berlalu pisang serendah ni memang masih lagi ada dan anak-anak pokoknya berbuah dengan baik, buahnya besar dan banyak sisir juga dalam setandan tu walau tak pernah saya baja pokok pisang ni. Harap dari baja kompos dari tong kompos tak jauh dari rumpun pisang ni je la , tu pun kalau dapat ke dia. hehe

Ada setandan haritu dah tebang , lama dah habis beberapa minggu lepas buahnya. Kali ni dalam pada duk tunggu masak dah dua biji dimakan dek tupai. Saya laju-laju cuba tebang tapi tak larat. Terlalu berat ada 7-8 sisir semuanya. Duk cuba kawal agar tak terjatuh ke tadah tetap jatuh sebab terlalu berat. ADa beberapa biji terpisah dari sisirnya. huhu. 

Pisang ni cepat masak, memang saya agih kepada sahabat handai juga sebab takut  terbazir . Dulu rajin buat cekodok dan apam pisang kek pisang semua tu tapi sejak berangan nak jaga makan ni takut pula nak buat cekodok pisang kerap sangat sebab itu makanan kegemaran saya, sepinggan tu sekelip mata saja saya boleh habiskan. haha

korang panggil pisang ni nama apa ye? ada panggil pisang susu kalau tak silap saya



Post a Comment

0 Comments