GORENG PISANG CHEESE


Assalamualaikum. Salam Jumaat. Bagaimana dengan cuaca tempat awak harini? Tempat saya mendung dan nampak macam dah nak hujan sangat dah ni. Time hujan ni mata pun akan layu je kejap lagi kan? 

Jemaah lelaki balik dari solat Jumaat biasanya suka makan kudapan sebelum mulakan tugas hakiki, apa kata jamah pisang goreng sikit. Ops saya ada buat pisang goreng ni, tapi yang spiring ni upgred sikit letak parutan cheese. Sengaja tak tabur penuh karang awak tak nampak pula rupa pisang goreng tu, hehe

Saya cairkan sedikit butter dan campur dengan susu manis . salut pisang goreng dengan butter dan susu tu baru tabur cheese pula. Jika suka boleh letak coklat urai. Saya tak suka sebab susu manis dan pisang dah cukup manis kalau ditambah manis senyuman saya lagi, takut diabetis pula nanti. Eh!

Untuk pisang goreng yang tak campur keju saya hidang bersama sambal kicap. Kita kan Johorean, mana boleh tinggal sambal kicap tu. hehe..

Post a Comment

0 Comments