KUDAPAN: KACANG GORENG SALUT TEPUNG


Assalamualaikum. Kadang kala terasa nak kudap sesuatu tapi malas nak keluar membeli. Saya ni bukan peminat kacang tanah. Kacang tanah dalam nasi lemak atau dalam soto pun saya tak makan. Tapi jika kudapan yang ini memang laju saya makan . Dah mula mengunyah tak mahu berhenti jadinya. 

Ni versi campak-campak saja sambil buat agar-agar santan sambil menggoreng di dapur sebelahnya. Kacang goreng salut tepung kali ni saya cuma guna tepung serbaguna ayam goreng brand Bestari yang hot and spicy, campur sikit tepung pulut, sedikit gula pasir dan dua biji telur ayam sebagai agent pelekat. 

Dah campur semua tepung gula tu dengan telur terus gaul dengan kacang sampai elok melekat. jika kurang lekat tambah sedikit air dalam beberapa sudu. 

Goreng dengan api perlahan sampai masak. 

Jika tak suka pedas boleh guna tepung perisa original. Jika suka manis lebihkan gula. 

Sekali buat dapat dua balang juga habuan kudap sambil blogwalking ke blog korang, hehe

Post a Comment

0 Comments