Assalamualaikum. Alhamdulillah selesai sudah majlis solat hajat dan bacaan yasin untuk anak-anak SPM 2025 kami tadi. Oleh kerana sekolah anak-anak ni di kawasan luar bandar dan agak jauh, mungkin kerana itu pihak sekolah buat program ni pada hari cuti dan pada pagi hari kot?
calon SPM tak ramai sangat, ada 26 calon saja. tahun depan lagi sikit ada 13 calon kalau tak silap saya.
masa ni sesi mohon restu dan bersalaman dengan guru guru
bila sesi bersalaman dengan ibu bapa ada yang tak mampu menahan sebak sampai terpaksa dipapah kawan-kawan
bukti sekolah anak-anak kami di luar bandar. Dalam kebun sawit okey. sesuai sangat nak belajar dan hafal quran tenang dan sepi je kan? hehe
ada dua kek, satu lagi takda gambar
anak-anak yang diraikan
anak-anak, ibu bapa dan pendidik
antara menu sampingan
menu utama nasi arab pakistan dan pizza
Good luck buat semua anak-anak kami dan semua calon SPM 2025, moga kejayaan milik kalian. SEmoga dapat menjawab dengan baik dan lancar dan mendapat strait A .DAn juga Moga berjaya dunia akhirat. Jangan lupa al quran sentiasa di hati ye anak-anak semua.
0 Comments
Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.