KONVOKESYEN UNIVERSITI MALAYA KE 65




hai semua. Assalamualaikum. Lama saya cuti menaip atas faktor kesibukan dan masalah kesihatan yang tidak berapa baik sejak akhir-akhir ini. Baru sempat nak share kisah Konvokesyen si kakak yang berlangsung Rabu lepas. 

Oleh kerana majlis berlangsung pada sesi pagi maka awal la juga saya bangun sebab nak masak makana ringkas sedikit untuk makan di dalam kereta sebagai bekalan untuk sarapan sebab tak sempat makan sebelum gerak ke sana. 

Saya kukus dumpling dan buat sikit garlic oil sebagai pencicahnya. Kebetulan ada pau frozen saya kukus pau kacang merah juga dan sedikit sosej . Sambil kukus dengan api slow saya mandi dan bersiap santai santai sementara menanti azan subuh. 


Gambar kakak sebelum masuk ke dewan. 



tiket untuk kami 


Seperti yang dijangka, memang kereta bergerak perlahan nak masuk ke dalam UM menuju ke arah Dewan. Mujur kami gerak awal . 

beli tepi jalan je. Lama juga proses membeli tunggu ikat reben dan alang alang lama kita bagi lagi lama dengan snap gambar. eh!




Antara gambar kenangan kami berdua. Tahniah kakak dan konvo. Moga terus maju dalam kerjaya dan juga bakal cemerlang untuk degree nanti. 

Seingat saya, kakak habis je exam minggu depannya tu dia terus mohon untuk intern di tempat dia kerja sekarang. Walau course dia tak ada intern dia saja nak timba pengalaman. Alhamdulillah setelah 6 bulan di sana dia diterima kerja di situ. Tak lama lagi kelas untuk degree pun dah nak mula, bertambah busy la dia nampaknya. Dia minta untuk belajar jarak jauh pada hujung minggu saja sebab dia nak kerja katanya. Saya okey je janji dia sambung belajar dan tahu seimbangkan kerjaya dan pelajaran. Tahniah sekali lagi kakak. Segala usaha perit jerih selama ini telah membuahkan hasil

Post a Comment

0 Comments