SAUK IKAN DI KARNIVAL SEKOLAH



Assalamualaikum. Ini kisah semalam, si kecil ni merengek nak ke Karnival sekolah dia semata-mata nak sauk ikan. Karnival tu berjalan bermula dari pagi hingga ke petang tapi dia mula merengek nak ke sana sejak 7 pagi, grrr geram ui!

Setelah dia selesai mengaji di masjid saja lekakan dia dulu suruh sarapan nasi lemak yang ommi masak supaya ada tenaga kononnya nanti nak sauk ikan. hehe( alasan ommi nak paksa dia makan). Sejak subuh memang dah hujan dan cuaca mendung memang tak nak la dia ke sana sure berselut teruk nanti. 



dah berjaya sauk ikan. muka bahagia nak bawa ikan balik.


sejam beratur tunggu giliran nak sauk ikan




berjaya sauk 2 ekor ikan. seekor tu cikgu bagi percuma

Karnival nipihak PIBG buat untuk dana nak buat dewan berbumbung untuk keselesaan murid. ada macam-macam aktiviti dan permainan .

Antara aktiviti yang ada:
rumah hantu
soopa doopa
bola sepak piala YDP
cinema hour
beyblade
golek sampai rebah
sumpit sampai ke hati
sauk ikan  
duck out

ada gerai jualan makanan juga.

Budak- budak suka la aktiviti begini , yang kurang suka ommi la sebab aktiviti ni buat beberapa minggu dan seminggu entah berapa kali anak minta duit nak beli kupon, minima belian rm10. Rabak poket haha. 


Post a Comment

7 Comments

  1. Ooh…sauk berbayarlah ni 😀
    Harap hidup lama ikannya, jangan terlebih bagi makan nanti cepat mati 😄

    ReplyDelete
  2. rabak poket ummi! eehehehe

    ReplyDelete
  3. ikan guppy ke tu? macam kami le dulu zaman bebudak suka jugak sauk ikan tapi dalam lopak-lopak lepas hujan n sure berselut la haha

    ReplyDelete
  4. ok jugak kupon minima RM10, rasa2nya ari tu kat sek my razeen, kupon min RM25, dan sbb terbeli awal, tgk2 clash dgn date cuti2 sabah so razeen tak dpt pergi pun event tu...last2 bagi jer kat kawan, drp membazir kan...

    ReplyDelete
  5. Aktiviti macam ni memang rabak duit hahahaha. Biasalah budak2 suka menyoping

    ReplyDelete
  6. Wah menarik sauk ikan..pandai adik sauk ikan kan..

    ReplyDelete
  7. Memang aktivitas yg buat anak2 senang, tapi dompet orangtua pun tersedot lah 😅😅.

    Apalagi ini banyak juga acaranya yaaa. Nak tahu rumah hantu nya serem atau tak 😅

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.