5 Kebaikan Teh Kombucha

 Assalamualaikum. Korang pernah dengar cendawan mudmud? ada yang panggil cendawan mekah. Zaman dulu mak-mak simpan cendawan ni dalam balang kaca besar di dapur. Ikat dengan kain bahagian atasnya. Mereka minum untuk kawal penyakit kencing manis. Ada yang pernah tengok tak? 

gambar: sumber google


Nak tau 5 Kebaikan Teh Kombucha?

Minuman ni makin popular, rupanya ada sebab 

1️⃣ Menyokong kesihatan pencernaan
2️⃣ Mengandungi antioksidan daripada teh
3️⃣ Membantu rasa lebih segar & bertenaga
4️⃣ Alternatif minuman lebih sihat berbanding air manis
5️⃣ Menyokong gaya hidup seimbang & sedar kesihatan

Kombucha minuman  Probiotik

  • Kombucha dihasilkan melalui proses fermentasi teh dengan SCOBY (gabungan bakteria & yis).

  • Proses ini menghasilkan bakteria hidup yang boleh menyokong keseimbangan mikrobiota usus.

  • Itu sebab kombucha dikategorikan sebagai minuman probiotik.

AWAS

  • Tidak semua kombucha di pasaran masih ada probiotik hidup
    (ada yang dipasteur → bakteria mati).

  • Kandungan probiotik boleh berbeza ikut jenama & cara pembuatan.

  • Minum secara sederhana sahaja.

Kalau tak ada bela cendawan ni boleh saja beli di pasaraya. Saya nampak ada pelbagai perisa dijual. Kalau kat rumah ni biasanya saya campur dengan jus epal yang saya kisar sendiri saja. Cendawan tu kawan bagi dah lama dah, bila bela dia membiak jadi berlapis lapis. Alhamdulillah

Post a Comment

7 Comments

  1. tak pernah tahu pasal teh kombucha ni... boleh cuba nanti... tq share info

    ReplyDelete
  2. Tak pernah dengar. Cendawan tu macamana rupanya boleh hidup berlapis-lapis pulak. Memang sesuai hidup di malaysia ke.

    ReplyDelete
  3. tak pernah pulak dengar. pertama kali.

    ReplyDelete
  4. Sy br tau psl cendawan mekah ni dr pembacaan medsos.. tp jumpanya x pernah lg

    ReplyDelete
  5. tk pernh try Teh Kombucha

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikumussalam.

    Namanya seperti nama teh dari jepang tapi sepertinya itu teh tradisional dan cara pembuatannya diendapkan agar keluar cendawannya.

    ReplyDelete
  7. ada minuman/mcm susu yg dijual kat 7-11, kombucha thingy ni...rasa dia mcm pelik sikit...kiranya kombucha ni teh lah yer..now i know

    ReplyDelete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.