Anak Kena Buli Di Asrama: Apa Ibu Bapa Boleh Buat?

 


Anak Kena Buli Di Asrama: Apa Ibu Bapa Boleh Buat?

Apabila anak tinggal di asrama, ibu bapa sering berharap mereka belajar berdikari dan kuat. Tetapi bila berlaku buli, ia bukan perkara kecil dan tidak boleh dipandang ringan. Jangan anggap remeh kerena kes yang kita anggap kecil mungkin jadi penyebab kehilangan nyawa insan yang kita sayangi.


Baru sehari dua anak ke asrama, mereka dah mula telefon mengadu dipulau rakan sekelas, disuruh cuci baju senior, dipukul kerana tidak patuh untuk taat perintah senior, dan pelbagai lagi cerita yang buat anak merengek untuk pulang ke rumah tidak mahu tinggal di asrama

Berikut langkah yang ibu bapa boleh ambil untuk bantu selesaikan masalah ini dengan bijak:

1. Dengar cerita anak tanpa menyalahkan
Beri ruang anak bercerita sepenuhnya. Jangan terus tanya, “Kenapa awak tak lawan?” atau “Kenapa tak beritahu awal?”. Anak perlukan rasa selamat dahulu.

2. Ambil serius setiap aduan
Walaupun nampak kecil (diejek, dipulaukan, barang disorok), kesan emosi boleh besar. Jangan anggap anak “terlebih sensitif”.

3. Kumpul maklumat dengan tenang
Tanya bila berlaku, siapa terlibat, dan bagaimana kerap kejadian itu berlaku. Catat maklumat penting tanpa panik.

4. Hubungi pihak sekolah/asrama
Berbincang dengan warden, guru disiplin atau pentadbir secara profesional. Fokus pada keselamatan dan kesejahteraan anak, bukan menyalahkan mana-mana pihak.

5. Ajar anak cara melindungi diri
Bantu anak bina keyakinan diri, cara berkata “tidak”, menjauhkan diri, dan tahu bila perlu minta bantuan orang dewasa.

6. Pantau emosi & perubahan tingkah laku anak
Jika anak mula murung, takut ke sekolah, sukar tidur atau prestasi merosot, itu tanda tekanan emosi yang serius.

7. Utamakan keselamatan anak
Jika buli berterusan dan tidak terkawal, pindah bilik atau tukar persekitaran bukan tanda gagal, tetapi tanda ibu bapa bertindak melindungi anak.

 Ingat: Anak yang dibuli tidak lemah. Mereka sedang melalui situasi yang sukar. Sokongan ibu bapa adalah pelindung terbesar dalam fasa ini.

Post a Comment

0 Comments