Anak Mungkin Dibuli? Ini Tanda Yang Ibu Bapa Perlu Perhatikan

 


Anak Mungkin Dibuli? Ini Tanda  Yang Ibu Bapa Perlu Perhatikan

Buli kadang tak selalu jelas. Anak mungkin diam je, tapi ada tanda-tanda halus yang boleh diperhatikan:

  1. Perubahan tingkah laku – Anak tiba-tiba pendiam, murung, atau cepat marah.

  2. Tak mahu ke sekolah/asrama – Selalu mengeluh sakit kepala, sakit perut, atau alasan lain untuk elak pergi.

  3. Prestasi merosot – Markah atau fokus belajar jatuh, walaupun sebelum ini baik.

  4. Kehilangan barang peribadi – Beg, buku, pakaian atau barang lain hilang tanpa sebab.

  5. Masalah tidur – Sukar tidur, tidur terganggu, atau mimpi buruk.

  6. Kurang keyakinan diri – Cepat rasa takut, tak mahu bercakap dengan kawan atau guru.

  7. Kesan fizikal – Luka, lebam atau calar yang tidak munasabah atau sering terjadi.

 Jangan terus menegur anak “Kenapa tak lawan?” atau “Kenapa diam je?”
Dengar cerita mereka, beri sokongan, kemudian ambil tindakan bijak bersama pihak sekolah/asrama.

Post a Comment

0 Comments