Beli Lagi Sabun Do’zee, 10 Botol Terus





Hari ni saya nak kongsi sikit tentang sabun basuh pakaian kegemaran saya — Do’zee. Kali ni saya terus beli 10 botol lagi, sebab memang puas hati guna brand ni. Antara sebab utama saya suka Do’zee ialah tak perlu beli pelembut dan pewangi pakaian berasingan. Jimat dan ringkas, sesuai sangat dengan saya.

Paling saya suka, bau botol hijau dan kuning tu. Bau dia segar, tak menyengat, dan yang penting wangi lekat di baju. Lepas sidai dan lipat pun, bau masih ada. Baju rasa bersih dan selesa dipakai, terutama untuk kegunaan harian.

Untuk saya, Do’zee ni praktikal, jimat dan memudahkan. Jimat la kan sebotol besar ni baru rm25 kami dapat beli tempat ni berbanding rm30+ jika beli tempat lain. Tak hairanlah saya ulang beli lagi dan lagi. Bila dah serasi, memang susah nak tukar ke jenama lain 😊



Post a Comment

2 Comments

  1. wangi kan bau dia...tapi, tula linda nie suka tukar2.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis tak pernah guna dozee lagi, nampak jugak ramai dah mula jual sabun dozee kat sini..

      Delete

Terima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.