Bila menjelang Sabtu dan Ahad badan terasa seperti mahu bermalasan. Nak memasak menu paking simple agar dapat berehat dan bersantai lebih masa bersama keluarga.Alhamdulillah ada stok daging dah siap rebus, maka menu pilihan hati adalah daging goreng kunyit- Menu simple tapi sedap.
Bawang holland yang saya hiris sederhana tebal, bersama garlic dan sedikit halia saya tumis sampai garing dan naik bau. Setelah itu masukkan daging dan sedikit kunyit serbuk . Goreng hingga sedikit garing ikut citarasa.Jika suka guna serbuk pati ayam boleh masukkan satu sudu teh.
Setelah diletak sedikit garam dan perasa boleh masukkan capsicum dan carrot. Saya cuma ada sayur ni saja di rumah. Jika korang ada stock kacang panjang gerenti lebih sedap.
Ada tomyam campur dan telur dadar, ulam timun sikit. Pergh mantap!
Apa menu lunch korang harini?
.jpg)
7 Comments
Makanan yang simple memang selalunya sedap!
ReplyDeleteSA masak daging jugak..tapi daging cincang ada lemak2 sket...daging batang pinang...lepasntu celur sayur2 dan ada sambal belacan..sedap makan...
ReplyDeletekebetulan lunch hari ni MZ memang masak daging goreng kunyit laaa
ReplyDeleteArwah ayah Cie suka menu daging kunyit ni. Cie suka jugak sekali sekala buat.
ReplyDeleteWalaupun guna sayur apa yang ada, tetap nampak menyelerakan ...
ReplyDeleteJika nak masak lauk guna daging, saya kira daging yang lembut amat sedap..tak kenyal..nampak sangat hebat masakan ni ..
ReplyDeleteAiiiih nak buat laaah ini 😍😍. Saya HR ini masak daging kentang kecap. Menu peranakan zaman dulu 😄. Yg penting, simple dan cepat 😅
ReplyDeleteTerima kasih sudi membaca dan komen. Mohon komen yang baik2 saja. Segala komen berunsur fitnah atau kata2 kesat saya akan delete.